free counters

Jumaat, 26 November 2010

Kerabu Kacang Botol


Bahan-bahan :

20 tangkai kacang botol dihiriskan nipis
1 cawan kobis dihiriskan nipis
1 cawan kelapa parut diambil putih sahaja 
1 labu bawang besar dihiriskan nipis
5 biji limau kasturi diambil jus
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai cili merah dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
1 sudu besar udang kering dikisar

Cara menyediakan:

1 Masukkan bahan yang telah dikisar, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2 Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Gaul rata dan sebati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan