Bahan-bahan : |
1/2 kilogram beras, dibasuh dan direndam sebentar kemudian dikisar halus |
1 kilogram gula pasir |
1 kilogram gula merah dimasak dan tapiskan |
2 kilogram pati santan |
600 gram sagu halus, direndam |
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil |
1 kilogram kacang hijau, direbus empuk |
1 mangkuk hirisan jagung |
1 kilogram ubi keledek, dipotong dadu |
1/2 kilogram ubi keladi, dipotong dadu |
1/2 kilogram ubi kayu, dipotong dadu |
600 gram kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya |
10 ulas nangka masak, dipotong dadu |
Cara menyediakan: |
1 Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati. |
2 Campurkan air gula yang siap ditapis. |
3 Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek, keladi dan ubikayu terlebih dulu kerana bahan terbabit lambat empuk. |
4 Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal. |
5 Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula lekang dari periuk bermakna bubur itu sudah masak. |
Jumaat, 26 November 2010
Bubur Assyura
Label:
Bubur Assyura
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan