free counters

Jumaat, 26 November 2010

Kerabu Daun Selom


Bahan-bahan :

3 ikat daun selom dibasuh bersih dan toskan
3 sudu besar udang kering dikisar
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah dimayang halus
3 batang serai dihiris halus
1 biji cili merah atau chili padi dipotong halus
1/2 sudu besar serbuk lada hitam 
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1 Hiris daun selom dan ketepikan.
2 Sangai kelapa parut dan udang kering ,Tumbuk bahan bahan  yang digoreng tadi bersama bawang merah, serai, cili merah dan chili padi.
3 Masukkan juga serbuk lada hitam, perahan limau nipis serta garam dan gula secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan