free counters

Jumaat, 26 November 2010

Acar Rampai


Bahan-bahan :

3 biji timun dipotong kasar memanjang 
2 biji lobak merah dipotong kasar memanjang 
2 biji chili merah  dibelah memanjang 
2 biji chili hijau  dibelah memanjang 
4 biji bawang besar dibelah menyerong
10 ulas  bawang putih  dihiris nipis
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
Cuka Epal (secukup rasa)
Pes Cili (1/2 cawan)
Halia yang dihiris nipis 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil biiji sawi
Gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1 Goreng biji sawi beberapa ketika.
2 Tumis hirisan bawang putih serta bawang besar hingga wangi dan layu.
3 Masukkan pes cili. Tumis hingga pecah minyak.
4 Masukkan sedikit garam, cili, halia dan lobak merah. Gaul rata hingga lobak dan cili sedikit layu.
5 Masukkan timun, serbuk kunyit, gula, sedikit air dan cuka.
6 Ratakan dan masak hingga semua bahan layu dan sebati bersama semua rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan