Kecubung atau nama botaninya datura metel Linn merupakan tumbuhan bercabang banyak dan renek. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.Kandungan kimia yang dijumpai dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak dan hyosiamin. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Asma - Ambil kira kira 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung. |
Merawat Rheumatoid - Daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas. |
Merawat Sakit Pinggang Dan Sengal Sengal Badan - Ambil kira kira 4 helai daun kecubung dan dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit. |
# Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang. |
Khamis, 18 November 2010
Kecubung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan