free counters

Khamis, 18 November 2010

Kayu Manis


Kayu Manis atau nama botaninya cinnamomum zeylanicum. Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam masakan. 
Di gunakan untuk rawatan.
Melawaskan Pembuangan Air Besar - Rendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. Dan minum sekali sehari sebagai amalan.
Menenangkan Jiwa - Rawatan secara aromaterapi. Sari/ pati minyak  dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol. Minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa.
Menurunkan Gula Dalam Darah - Mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan