free counters

Khamis, 18 November 2010

Kari


Kari atau nama botaninya murraya koenigii dikenali juga sebagai karipulei, atau curry leaves.Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Diabetis - Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu air rebusan kulit batangnya yang kering dapat juga digunakan untuk mengubat diabetes.
Mengurangkan Loya Tekak - Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
Merawat Gigitan Serangga Dan Haiwan Berbisa - Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman dan dihancurkan boleh juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
Merawat Lebam Dan Bengkak - Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan