free counters

Khamis, 25 November 2010

Karipap Sardin


Bahan-bahan:

Bahan Untuk  Inti:

1 Tin sardin  dilenyek atau dihancurkan
1 Biji bawang besar diihiris nipis
1 Biji cili merah dihiris serong
Daun sup diracik halus
Sos Tomato
Garam
Gula
Perasa
Perahkan air limau nipis

Cara penyediaan:

1 Campur dan kacau sebatikan  kesemuanya. Suaikan rasanya.

Bahan Untuk  Doh:

2 Cawan tepung gandum
2 Sudu besar marjerin
Air untuk menguli lebih kurang 1/4 cawan dan secubit garam dimasukkan ke dalam air

Cara penyediaan:

1 Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum. Ramas tepung dan marjerin hingga rata. Kemudian masukkan air yang dibubuh sedikit garam, Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air untuk mendapatkan kulit yang rapuh.
2 Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan