Bahan-bahan: |
Bahan Untuk Kulit A: |
350 gram tepung gandum |
1 cawan air suam dicampur sedikit garam |
Bahan Untuk Kulit B: |
15 gram tepung gandum |
1 sudu kecil lemak spry [crisco] |
Sedikit margerin |
Cara penyediaan: |
1 Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan Ketepikan. |
2 Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga. |
3 Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis. |
4 Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis. |
5 Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur. |
6 Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis. |
7 Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan. |
Bahan Untuk Inti: |
1 cawan isi ayam atau daging yang dihiris kecil |
1 labu bawang besar yang dipotong dadu |
2 ulas bawang putih yang dicincang |
500 gram ubi kentang yang dipotong dadu |
1 sudu besar rempah kari daging yang dibancuh dengan sedikit air |
1 cawan air |
Garam |
Gula |
Daun kari |
Minyak untuk menumis |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu. |
2 Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing. |
3 Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air. |
4 Masakkan sehingga kentang empok dan air kering. |
5 Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan. |
Khamis, 25 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan