Bahan-bahan: |
Bahan Untuk Inti: |
1 kilogram kentang dipotong dadu dan direbus sehingga empuk |
1/2 kilogram isi ayam dicincang |
5 biji bawang besar dipotong dadu |
3 ulas bawang putih dicincang |
1 tangkai daun kari |
2-3 sudu serbuk kari daging dibancuh dengan sedikit air |
Sedikit air |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu. |
2 Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing. |
3 Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak. |
4 Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering. |
5 Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia untuk membuat karipap. |
Bahan Untuk Doh: |
1 kilogram tepung gandum |
125 gram butter |
1/4 cawan minyak masak |
1 biji telur |
1 sudu besar gula |
1 sudu kecil garam |
1 1/4 cawan air |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan butter bersama minyak masak sehingga butter cair. |
2 Di dalam satu bekas campurkan tepung, telur, butter dan minyak yang telah dicairkan, garam dan gula. |
3 Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi. |
4 Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. |
5 Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng. |
Khamis, 25 November 2010
Karipap Ayam
Label:
Karipap Ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan