free counters

Khamis, 25 November 2010

Karipap Pusing



Bahan-bahan:

Bahan Untuk Kulit A:

350 gram tepung gandum
1 cawan air suam dicampur sedikit garam

Bahan Untuk Kulit B:

15 gram tepung gandum
1 sudu kecil lemak spry [crisco]
Sedikit  margerin

Cara penyediaan:

1 Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan Ketepikan.
2 Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
3 Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
4 Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
5 Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
6 Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
7 Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Untuk  Inti:

1 cawan isi ayam atau daging yang dihiris kecil
1 labu bawang besar yang dipotong dadu
2 ulas bawang putih yang dicincang
500 gram ubi kentang yang dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging yang dibancuh dengan sedikit air
1 cawan air
Garam
Gula
Daun kari
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2 Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3 Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4 Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5 Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan