Bahan-bahan: |
250 gram tepung naik sendiri |
200 ml santan |
160 gram gula halus |
2 biji telur |
1 camca teh esen vanilla |
1 sudu makan ovallete |
Secubit garam |
Pewarna makanan, 2 jenis warna |
Cara penyediaan: |
1 Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna. |
2 Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga aduan kembang dan pekat. |
3 Bahagi adunan kepada 3 bahagian, satu kekal warna asal dan warnakan dua bahagian yang lain. |
4 Dalam acuan yang telah dilengser dengan mentega, bubuh warna secara berselang seli seperti dalam gambar. Diikuti dengan bahagian tanpa warna pada bahagian atasnya. |
5 Gunakan spatula untuk membuat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa untuk membalut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam. |
Khamis, 25 November 2010
Apam Marmar
Label:
Apam Marmar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan