free counters

Khamis, 25 November 2010

Karipap Daging


Bahan-bahan:

Bahan Untuk  Inti:

1 kilogram kentang yang dipotong dadu dan direbus sehingga empuk
1/2 kilogram daging yang  dicincang
5 biji bawang besar yang dipotong dadu
3 ulas bawang putih yang  dicincang
1 tangkai daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging yang dibancuh dengan sedikit air
Sedikit air

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2 Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3 Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4 Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5 Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia untuk membuat karipap.

Bahan Untuk  Doh:

1 kilogram tepung gandum
125 gram butter/margerin
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air

Cara penyediaan:

1  Panaskan butter bersama minyak masak sehingga butter cair.
2 Di dalam satu bekas campurkan tepung, telur, butter & minyak yang telah dicairkan, garam dan gula.
3 Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
4 Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5 Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan