free counters

Khamis, 18 November 2010

Kapalterbang

Kapalterbang atau nama botaninya  Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L. atau dikenali juga sebagai  pokok Jepun, pokok Jerman, pokok busuk-busuk atau seketam bukit. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan tumbuh dikawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Luka - Hancur dan lumatkan daun pokok ini dan ditampal dibahagian yang terkena luka tersebut. Balut dengan kain dan biarkan hingga kering.
Meredakan Kembung Perut Dan Cirit Birit - Caranya daun kapalterbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.
# Selepas menggunakan  pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada babynya melalui uri.simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali(pembesaran hati). Simptom adakalanya hanya boleh dapat dilihat 2-3 hari selepas penggunaannya.  Dapatkan nasihat dan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan