Cekur Manis atau nama botaninya sauropus androgynus juga dikenali sebagai taruk manis, asin-asin, cekup manis atau katuk. Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus. Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Memperbanyakkan Susu Ibu - Daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh bersih selepas kering atau sebelum memberi susuan bayi. |
Menghitamkan Rambut Bayi - Daun cekur yang telah dilumat diusapkan ke rambut bayi. |
# Dilarang makan secara berlebihan daun cekur manis ini kepada mereka yang mengidap sakit saraf atau mudah angin. |
Khamis, 18 November 2010
Cekur Manis
Label:
Cekur Manis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan