free counters

Khamis, 18 November 2010

Cekur


Cekur atau nama botaninya kaempferia galanga linn dari keluarga zingiberaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Selsema - Isi cekur dicampur dengan lada sulah, kayu manis dan madu . Makan sehingga selsema sembuh.
Mengecutkan Rahim Dan Menggalakkan Pembuangan Angin - Cekur dimakan secara mentah samada dibuat  ulam atau acar .
Merawat Sakit Perut,Korela,Sembelit Dan Menghilangkan Kelemumur - Ambil akar pokok ini dan direbus, minum air rebusan sehingga kesakitan reda. Untuk menghilangkan kelemumur, basuh rambut dengan air rebusan, biarkan kering dan bilas sehingga bersih.
Menghilang Rasa Gatal Dan Pedih Akibat Terkena Ulat Bulu - Gunakan air rebusan akar cekur untuk membasuh bahagian yang gatal atau yang terasa sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan