Cempaka atau nama botaninya michelia champaca linn mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah. Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya sedap dimakan, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Kencing Tak Lawas - Sekuntum bunganya direbus hingga mendidih, disejukkan dan airnya diminum sekali sehari. |
Meredakan Demam Selsema - Akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam. |
Merawat Bisul - Beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul. Biar sehingga kering. |
Merawat Pitam - Beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam. Minum dengan sedikit madu lebah. |
Melancarkan Kitaran Haid - Rebus kulit akarnya (Pokok cempaka kuning) hingga mendidih dan airnya diminum. |
Mempercepatkan Pengeluaran Uri Atau Plasenta -Rebus kulit akarnya (Pokok cempaka kuning) hingga mendidih dan airnya diminum. |
Hendak Bercerai Susuan Bayi - Bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu. |
Khamis, 18 November 2010
Cempaka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan