free counters

Isnin, 22 November 2010

Cek Mek Molek


Bahan-bahan

500 gram ubi keledek
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
Gula pasir 

Cara menyediakan:

1 Lecek halus ubi keledek yang telah direbus dan ditoskan ketika masih panas. Apabila cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih cek mek molek yang lembut.
3 Tepekkan adunan di tapak tangan, dan masukkan gula sedikit, tutup dengan kemas. dan bentukkan bujur. 
4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga warna  keemasan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan