free counters

Isnin, 22 November 2010

Cara Manis


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum yang telah diayak
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan atau pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara menyediakan:

1  Panaskan acuan cermai nntuk kuih cara diatas dapur.
2 Daun pandan di kisar dengan santan dan  tapis.
3 Kemudian campurkan dengan gandum, telur dan  garam. Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
4 Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu dilengserkan  sedikit minyak dahulu supaya mudah tertanggal.
5 Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tidak mudah hangit bawahnya. Angkat dan disusun secara berpasang  pasang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan