free counters

Isnin, 22 November 2010

Cara Berlauk


Bahan-Bahan

Untuk Doh:
400 ml santan 
350 ml air
300 gm tepung gandum yang telah diayak
6 biji telur 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
Satukan semua bahan dan dibancuh hingga sebati. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Lauk:
300 gm daging kisar
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
Sedikit rempah kari daging
secubit garam
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara:
Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Panaskan acuan cermai yang telah dilengserkan dengan sedikit minyak. Masukkan doh kedalam acuan dan kemudiannya isikan 'lauk'nya dibahagian atas. Tambah chili besar yang telah dihiris dan daun saderi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan