free counters

Sabtu, 27 November 2010

Bubur Ayam


Bahan-bahan:

250 gram  beras 
1 inci halia dihiris halus memanjang
2 sudu kecil serbuk pati ayam
250 gram isi ayam
Garam secukup rasa
1 liter air

Cara menyediakan:

1 Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam boleh digunakan semula.
2 Basuh beras hingga bersih. Masukkan beras kedalam periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air mengikut sukatan yang anda mahu.
3 Bila hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4 Bubur bolehlah dihidang dengan ayam rebus yang telah disiat kecil memanjang,  bawang goreng, lada merah dan daun sup. 
5 Enak juga jika dititiskan sikit dengan minyak bijan.ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau  telur asin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan