free counters

Isnin, 22 November 2010

.Buah Melaka


Bahan-Bahan: 

300 gm tepung pulut
2 ketul gula melaka - dipotong kecil 
20 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
½ biji kelapa muda di parut untuk diambil putihnya sahaja

Cara menyediakan:

1 Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2 Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Bubuh gula melaka di tengahnya dan tutup semula. 
3 Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan