free counters

Isnin, 22 November 2010

Bingka Tepung Gandum

Bahan-bahan

600 gram tepung gandum
4 cawan gula pasir
4 biji telur ayam
6 cawan santan diambil dari 1 setengah biji kelapa
Air daun pandan
Secubt garam

Cara menyediakan:

1 Pukul telur dan gula hingga kembang  dan rata.
2 Masukkan tepung, santan, air daun pandan dan diadun sehingga sebati
3 Lengserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya
4 Bakar di dalam ketuhar  sehingga masak dengan suhu 180C selama lebihkurang  50 minit - 1 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan