Bahan-Bahan: |
2 kilo ubi kayu kuning @ putih. |
3 cawan gula pasir |
5 cawan santan pekat |
1 sudu teh garam |
Sagu ubi kayu |
Cara menyediakan: |
1 Ubi kayu dibersihkan dan kemudiannya disagat. Perah ubikayu yang telah disagat dengan kain bersih untuk mengeluarkan airnya. |
2 Air hasil perahan tadi jangan terus dibuang. Biarkan selama setengah jam didalam bekas. Kemudian ruangkan air itu secara perlahan lahan sehingga mendapat mendapan sagu ubi kayu. |
3 Campurkan ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan. Gaul sehingga sebati. |
4 Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilengserkan minyak. |
5 Bakar dalam ketuhar selama 1 setengah jam pada suhu 180C. |
Isnin, 22 November 2010
Bingka Ubi Kayu
Label:
Bingka Ubi Kayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan