free counters

Isnin, 22 November 2010

Bingka Pandan



Bahan-bahan :

250 gamm gula pasir
5 biji telor
200  gm tepung gandum
50 gm tepung custard
140 gm mentega dan dicairkan
60 gm serbuk santan
1/2 tin susu pekat
900 ml air
90ml jus pandan
Sedikit bijan 
Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan:

1 Campur semua bahan diatas kecuali bijan didalam bekas dan adun sehingga adunan tidak berketul ketul. Boleh juga menggunakan mesin pengisar.
2 Tuang adunan kedalam loyang yang telah dilengserkan  dengan minyak.
3 Masukkan dalam ketuhar dan  bakar selama 1 jam pada suhu 180C
4 Bila  setengah jam masa pembakaran. taburkan bijan di atas kuih dan teruskan proses membakar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan