free counters

Isnin, 22 November 2010

Bingka Tepung Beras


Bahan-bahan

150 gram tepung beras
60 gram gula melaka
100 gram gula pasir
400 ml santan pekat
450 ml air 
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan disiat dan disimpul

Cara menyediakan:

1 Masukkan kesemua bahan kecuali daun pandan  kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.
2 Kemudian tapis kedalam periuk dan masukkan daun pandan.
3  Masak dan kacau perlahan lahan di atas api sederhana  sehingga adunan menjadi pekat dan licin.
4 Tuang ke dalam loyang yang telah dilengserkan  minyak pada dasar dan keliling loyang.
5 Bakar di dalam ketuhar  sehingga masak dengan suhu 180C selama lebihkurang  50 minit - 1 jam.
6 Ada kalanya  kuih kelihatan 'bergoyang-goyang' seperti belum masak. Jangan bimbang, kuih akan bertambah keras bila ia nya sejuk tetapi ia tetap lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan