free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Kurma


Bahan- bahan:

175 gram mentega
126 gram gula iasing
50 gram tepung jagung
75 gram marjerin
2 biji kuning telur
30 gram susu tepung
350 gram tepung gandum

Bahan Untuk Hiasan:

Kurma
Manik warna
Kuning telur

Cara menyediakan:

1 Pukul mentega, marjerin dan gula sehingga lembut. 
2 Masukkan telur, tepung jagung dan susu tepung dan gaul sebati. 
3 Akhir sekali masukkan tepung gandum. Jadikan doh dan  terap dengan bentuk rama-rama. 
4 Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hirisan kurma dan taburkan manik warna untuk lebih menarik. 
5 Bakar pada suhu 180oC selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan