free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Mazola


Bahan-bahan:

600 gram  kacang tanah yang  digoreng dan dikisar halus
600 gram  tepung gandum diayak
300 gram gula halus
Minyak mazola secukupnya
Secubit garam

Bahan Untuk Hiasan:

Sebiji telur diambil kuningnya sahaja  untuk sapuan
Sedikit kacang tanah belah dibelah dua

Cara menyediakan:

1 Gaulkan tepung, kacang, garam dan gula sehingga sebati.
2 Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan boleh dibulat bulatkan
3 Buat bulat bulat  kemudian tekanditengah nya supaya jadi leper, letak kacang diatasnya dan kemudian sapu dengan kuning telur.
4 Bakar didalam ketuhar  pada suhu 160'C selama 15-20 min.
5 Sejukkan dan simpam didalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan