free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Coklat Cip Istimewa


Bahan- bahan:

1 cawan mentega
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung
1 sudu teh vanila
1 sudu teh  serbuk penaik
1/4 cawan cip coklat 

Cara menyediakan:

1 Pukul mentega bersama gula selama dua minit. 
2 Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang. 
3 Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga sebati. 
4 Masukkan  cip coklat  dan kacau rata. 
5 Bentukkan bulat-bulat dan susun dalam dulang pembakar dan bakar sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan