free counters

Sabtu, 27 November 2010

Biskut Dahlia


Bahan- bahan:

450 gram butter
220 gram gula ising
2 biji telur diambil kuningnya
1 sudu kecil esen vanilla
150 gram tepung jagung
250 gram tepung kastard
320 gram tepung rose
Ceri merah sebagai hiasan

Cara menyediakan:

1 Pukul  butter dan gula ising sebati.
2 Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3 Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4 Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5 Letakkan ceri merah ditengah adunan yang telah dipamkan.
6 Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'c selama 20 minit.
7 Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan