free counters

Sabtu, 27 November 2010

Bangkit Santan


Bahan-bahan:

2 mangkuk tepung sagu
1 mangkuk gula halus
1/2 mangkuk tepung ubi kayu
5 biji telur
1/2 biji kelapa parut
1 helai daun pandan

Cara Menyediakan:

1 Tepung sagu dan tepung gandum disangaimselama dua tiga minit. Sejukkan.
2 Siat daun pandan, campurkan dengan kelapa dan telur, ramas tanpa menggunakan air, dan perah santannya.
3 Satukan kedua-dua jenis tepung bersama gula halus, gaul rata. Tuangkan campuran santan sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi doh dan boleh dibentuk.
4 Perap selama 20 minit, barulah dicanai, terap mengikut acuan yang digemari  dan bakar hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan