free counters

Ahad, 21 November 2010

Asam Gumpal


Bahan-bahan :

Bahan Untuk Inti Kacang
100 gm kacang hijau
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

Kacang hijau direndam 4 jam, kemudian rebus sampai empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian bulatkan sederhahana besar.

Bahan Untuk Kuah

2 cawan santan
Satu inci halia dimayang halus
Sesudu kecil halba
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

Campurkan semua bahan, kacau perlahan lahan jangan biar santan berketul.

Bahan Untuk Asam Gumpal

200 gm sagu mata ikan  (basuh dan toskan)

Cara menyediakan:

1 Sagu mata ikan yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan  terlalu banyak atau lama siramannya kerana boleh menjadikan sagunya ter lalu  lembik.
2 Gunakan plastik atau sarung tangan plastik, ambik sagu itu, kemudian kepal- kepalkan dan isi dengan inti kacang didalam nya  dan dikepalkan bulat semula. Kalau tidak menggunakan plastik  sagu itu akan melekat ditangan.
3 Susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.
4 Setelah masak,masukkan kedalam kuah dan sedia untuk dihidang.Boleh dimakan panas atau sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan