free counters

Ahad, 21 November 2010

Apam Gula Hangus


Bahan-Bahan: 
5 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
¾ cawan susu pekat manis 
2 cawan tepung gandum diayak
½ cawan gula pasir untuk dibuat gula hangus
½ cawan air dimasukkan dalam gula hangus

Cara menyediakan:
 
1 Pukul telor bersama gula hingga kembang
2 Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. 
3 Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan