free counters

Ahad, 21 November 2010

Apam Balik


Bahan-Bahan:
   
Bahan Untuk Apam  


2 cawan tepung gandum yang telah ditapis  
½ camca kecil serbuk penaik
½ cawan gula  
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning  
Sedikit mentega  
1 biji telur
1 ½ cawan air



 
Bahan Tambahan  
1 tin jagung - bahan tabur  
1 cawan gula - bahan tabur  
1 cawan kacang tanah yang telah dimesin kasar  
   
Cara menyediakan:
   
1 Pukul  gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga adunan sebati.   
2 Masukkan tepung dan pukul  lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan tambahan tadi. Masaklah hingga kekuningan dan rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan