free counters

Ahad, 28 November 2010

Sup Gear Box


Bahan- bahan:

Tulang Gear-Box  (tulang bahagian sendi peha atau sendi lutut)
2 inci halia diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
1 bungkus sup bunjut
1 sudu kecil rempah sup 
Rempah 4 sekawan: (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
Segengam bawang goreng
3 biji limau nipis diambil air perahan
6 biji cili api
Daun sup dihiris

Cara menyediakan:

1  Rebus tulang sampai empuk .Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang sederhana.
2 Tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Dan masukkan kedalam periuk yang mengandung tulang. Masukkan sekali segenggam bawang goreng.
3 Perasakan dengan garam dan tambah cili api yang di potong dadu.
4 Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup untuk hidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan