Bahan- bahan: |
5 tangkai cili padi |
3 ulas bawang putih |
2 sudu besar air gula kabung |
1 sudu besar sos sotong |
1 sudu kecil garam |
50 gram kacang tanah disangai |
50 gram udang kering |
100 gram mangga muda diparut memanjang |
200 gram betik muda diparut memanjang |
2 kelopak daun salad |
2 tangkai kangkung |
2 batang kacang panjang |
4 bijilimau nipis diambil jusnya |
1 kuntum bunga kantan |
Cara menyediakan: |
1 Menggunakan periuk tanah, lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati. |
2 Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata. |
3 Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung. |
Ahad, 28 November 2010
Som Tham
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan