Patawali atau nama botaninya tinospora crispa(miers) juga dikenali sebagai akar seruntun, brotowali atau batang wali. Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang mengerutu dan berdaun lebar. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Sakit Perut, Demam, Tekanan Darah Tinngi, Kencing Manis Dan Juga Penyakit Gonorea - Batangnya direbus dan airnya ditapis, airnya diminum segelas sehari. |
Membersihkan Darah, Membunuh Bakteria Dan Menyembuhkan Luka - Batangnya direbus dan airnya ditapis, airnya diminum segelas sehari. |
Merawat Sifilis - Daunnya ditumbuk lumat dan di letak dibahagian yang terkena penyakit ni. Biarkan seketika sehingga kering. |
Merawat Dan Mengeringkan Kudis - Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. |
Jumaat, 19 November 2010
Patawali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan