free counters

Jumaat, 19 November 2010

Pandan Wangi


Pandan Wangi atau nama botaninya pandanus odorus merupakan spesies dalam famili pandanacea antaranya ialah pandan wangi atau daun pandan yang digunakan dengan meluas dalam kebanyakan masakan melayu tradisional. Pandan wangi ialah sejenis tumbuhan berumpun dan boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Batangnya sebelum muncul daun disokong oleh akar yang timbul dari permukaan tanah. Daunnya licin dan berkilat mempunyai panjang sekira 50 cm. Pandan menyukai medium yang agak lembab dan selalunya tumbuh subur dikawasan yang agak berair. Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil dari rizomnya.
Di gunakan untuk rawatan.
Meredakan Masalah Pencernaan - Perahan air dari daunnya boleh diminum sebagai persediaan teh herba.
Meredakan Sakit Ghout - Tumbuk beberapa helai daun pandan sehingga lumat dan campurkan sedikit air untuk mendapatkan airnya. Minum satu sudu besar air perahan tadi 2 atau 3 kali seminggu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan