free counters

Jumaat, 19 November 2010

Nilam


Nilam atau nama botaninya pogostemon cablin benth. Pokok nilam ilah sejenis tumbuhan yang mempunya aroma yang harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik. Daunnya yang lebih muda (pucuk mempunyai kuantiti minyak yang lebih banyak). Jika ia tumbuh dengan baik penuaian pertama boleh dilakukan setelah pokok berusia 6-8 bulan. Minyak nilam mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam pasaran kosmetik. Nilam merupakan pokok herba yang boleh mencapai ketinggian antara 2 hingga 3 kaki. Nilam mempunyai batang yang berbulu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan, berbentuk oval dan saiznya berukuran 10cm panjang dan dan 8cm lebar. Permukaan daunnya mempunyai warna hijau kemerahan. Bahan kimia aktif yang terdapat dalam nilam ialah seperti Patchouli alcohol, Patchouli camphor,Cadinene, Benzaldehyde,Eugenol ,Cinnamic aldehyde. 
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Sakit Kepala - Daunnya direbus, tapis dan minum air rebusannya bagi mengurangkan sakit kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan