Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya orthosiphon stamineus, Benth.Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Kencing Manis, Menurun Tekanan Darah Tinggi, Menguraikan Asid Urik, Melawas Pembuangan Air Kecil, Merawat Ghout, Arthitris, Rheumatoid Dan Mencegah Pembentukan Batu Karang -Bahagian yang digunakan adalah seluruh pokok kecuali akarnya. Daun Misai Kucing dijadikan teh digunakan sejak turun temurun dan selamat daripada kesan sampingan. Pengeluaran air kencing yang banyak dan cair daripada biasa jelas dilihat pada pengamal herba ini pada peringkat awalnya. Ia juga membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir yang berlebihan terutamanya di bahagian sendi. |
Jumaat, 19 November 2010
Misai Kucing
Label:
Misai Kucing
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan