free counters

Isnin, 22 November 2010

Kuih Lompang Muhibah


Bahan-bahan:-


300 gram tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
250 gram gula putih
200 gram kelapa parut
Garam secukup rasa
Air kapur secukupnya
Pewarna hijau dan merah



Cara menyediakan:
   
1 Tepung jagung dan tepung beras dibancuh dengan 250ml air dan sedikit garam serta air kapur.
2 Masak gula putih dengan 500ml air hingga mendidih dan gula hancur. Angkat dan  biarkan sejuk.
3  Setelah sejuk, tuangkan di dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati. dan bahagikan kepada tiga adunan. Tuangkan pewarna hijau dan merah  pada setiap adunan dan satu adunan lagi tidak perlu diwarnakan.
4  Sementara itu, panaskan beberapa acuan kuih lompang di dalam kukusan. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi supaya tidak melimpah keluar apabila masak. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan. Tabur kelapa yang dicampur sedikit garam di atas kuih lompang dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan