free counters

Isnin, 22 November 2010

Keria


Bahan-bahan

500 gram ubi keledek
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
Gula pasir 

Cara menyediakan:

1 Lecek halus ubi keledek yang telah direbus dan ditoskan ketika masih panas. Apabila cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria yang lembut.
3 Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis. 
4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga warna  keemasan. 
5 Sejukkan sebentar sebelum disira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan