free counters

Isnin, 22 November 2010

Cucur Badak


Bahan-bahan:

Bahan Untuk Inti:

1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara menyediakan:

Cili kering, serai, udang kering dan bawang ddikisar halus dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut,kisar sekali sekali lagi tetapi sekejap sahaja. 
Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit, minyak masak, garam dan gula dmengikut citarasa. Kacau sehingga inti tu masak.

Bahan Untuk Doh:

500 gram ubi keledek
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi

Cara menyediakan:

1 Lecek halus ubi keledek yang telah direbus dan ditoskan ketika masih panas. Apabila cukup halus, sejukkan sebentar.
2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih cucur badak yang lembut.
3 Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Tepekkan adunan di tapak tangan, dan masukkan inti kedalam doh tersebut, tutup dengan kemas dan bentukkan bulat dan leper. 
4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga warna  keemasan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan