free counters

Ahad, 28 November 2010

Kandi Kacang


Bahan-bahan:

600 gram kacang tanah, disangai, dibuang kulit dan dikisar
1 tin susu cair
2 tin gula pasir
1 senduk serbuk koko
2 sudu besar mentega

Cara penyediaan:

1 Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
2 Sentiasa kacau sampai likat dan agak kental. Ini akan mengambil masa kira-kira sejam.
3 Apabila tanda-tanda bancuhan mula mengering di tepi dalam kuali perlahankan api.
4 Gunakan daun pisang atau daun pandan untuk menekan bancuhan candy. Sekiranya tidak melekat pada daun, ini bermakna bancuhan candy telah siap dimasak.
5 Segera angkat dan tuang ke dalam loyang empat segi yang telah dilengser dengan sedikit mentega. Tekan padat dan seelok eloknya digelek menggunakan penggelek bagi mendapatkan permukaan yang rata.
6 Potong ketika candy masih panas kerana candy ini amat cepat mengeras.
7 Biarkan candy sejuk di dalam loyang, kemudian boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan