Bahan-bahan: |
1 ekor ayam dipotong kecil |
1 cawan susu cair |
2 sudu besar rempah kuzi |
5 biji cili merah |
2 biji tomato buah dibelah 4 |
1 labu bawang besar dibelah 4 |
2 sudu besar kismis |
1 cawan sos tomato |
Garam secukupnya |
Serbuk kunyit |
Minyak untuk menumis |
Bahan Untuk Dikisar : |
5 ulas bawang merah |
3 ulas bawang putih |
5 cm halia |
1 cawan bawang goreng |
5 biji chili merah |
Cara penyediaan: |
1 Ayam dibersihkan dan gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak dan ketepikan. |
2 Gunakan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak. |
3 Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata. |
4 Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan chili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak. |
Ahad, 28 November 2010
Ayam Masak Kuzi
Label:
Ayam Masak Kuzi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan