free counters

Isnin, 22 November 2010

Donut

Bahan-bahan:

7 sudu kecil yis segera 
1/2 cawan air suam
3 cawan susu segar
1 cawan gula halus
2 sudu kecil garam
4 biji telur
1 cawan butter
10  cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1 Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar, biarkan  5 minit. 
2 Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang  permukaannya  licin dan tidak melekat pada tangan.
3 Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. 
4 Taburkan sedikit tepung gandum di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Gunakkan acuan untuk membentuk donut.
5 Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6 Panaskan minyak. Goreng donut dengan api  sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7 Toskan minyak. Saluti dengan gula halus semasa masih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan