Bunga Kenanga atau nama botaninya cananga odorata merupakan tumbuhan saka dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan. Bunganya yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Menenangkan Jiwa - Ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). |
Melegakan Kesakitan Atau Kekejangan Yang Berlaku Ketika Haid Dan Juga Melancarkan Kitaran Haid - Ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan sebagai urutan dibahagian berkenaan. |
Merawat Demam Malaria Dan Asma - Sekuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah sejuk. |
Merawat Sesak Nafas - Segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam. |
Merawat Bronkitis - Segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam. |
# Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, adalah dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan sebarang persediaan herba. |
Khamis, 18 November 2010
Bunga Kenanga
Label:
Bunga Kenanga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan