free counters

Rabu, 17 November 2010

Bunga Butang


Bunga Butang  atau nama botaninya  gompherena globosa L. Bunganya berbentuk bulat dan mempunyai banyak bunga. Ianya selalu  ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40 hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
Di gunakan untuk rawatan.
Merangsangkan Peluh, Membantu Penghadaman, Membuang Angin Dan Merawat Rasa Pedih Ketika Membuang Air Kecil -  Kelopak /kuntuman bunga  putih direndam didalam air yang mendidih, biarkan sedikit suam dan minum air rendaman tersebut.
Merawat Demam, Diabetes Dan Juga Tekanan Darah Tinggi - Ambil daun dan direndam didalam air mendidih, biarkan sedikit suam dan minum air rendaman tersebut.
Menghilang Bintik Merah Akibat Demam - Tumbuk sehingga lumat daun pokok ini dan letakkan dimana terdapat tompokan bebintik merah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan