free counters

Ahad, 28 November 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong mengikut citarasa. Gaul bersama garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.

Bahan Untuk Dikisar:
10 tangkai chili kering
5 tangkai chili merah
3 batang serai
1 cm halia
1cm lengkuas
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 helai daun pandan yang disimpul dan diikat.

Puri tomato
2 biji tomato dipotong dadu
2 batang kayu manis
7 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang 
Garam dan gula

Bahan Hias:

1/2 biji bawang besar- potong bulat
Kacang hijau 

Cara penyediaan:

1 Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kemudian barulah masuk tomato puri. Masukkan juga chili sos dan tomato sos.
2 Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat.Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat (kepekatan mengikut citarasa sendiri), masuk bahan hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan