free counters

Ahad, 28 November 2010

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

500 gram isi ayam yang dipotong kecil 
3 sudu besar  sos tiram 
1/2 cawan air bancuh dengan 1 sudu kecil  tepung jagung
1 sudu kecil  serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang dipotong pendek
1 biji buah tomato dibelah 4
Sayur sayuran seperti kacang panjang, brokoli,  bunga kobis dpotong.
5 cm halia dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai cili merah dihiris
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2 Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup, masak ayam sehingga lembut.
3 Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
4 Masukkan tomato buah dan lain lain  sayuran lain dan daun bawang. Kacau rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan